Bila Waktu Telah Berlalu


Sedih dan sayu bila teringatkan saat-saat manis bila bersama samada suka dan duka dalam tempoh perkenalan ini.

 Bak kata orang lama : setiap pertemuan ada perpisahan.

Perpisahan yang berlaku apabila masing2 sudah menyelesaikan tugasan dan tanggungjawab yang dipikul dan diharap oleh kedua ibu bapa dan keluarga.

Sepanjang 3 Tahun dari tahun 2010-2013

Pelbagai kenangan tercipta.
Bila masing2 dah tamat pengajian, mulalah masing2 mencari arah dan tujuan hidup. 

Masing2 dengan matlamat dan impian yang ingin dikecapi dalam hidup bagi membantu keluarga tercinta.


Setiap detik dan saat, pelbagai aksi dan telatah dirakam untuk dijadikan memori indah dalam fikiran masing2


pic 1 : Makan malam di Pantai Seagate Penang

 





 



pic 3: Sewaktu projek SAYANGILAH KAKTUS KELAB PENYAYANG
 


pic 4: Program international USM



pic 5: Sewaktu keluar berjalan di QB MALL



Setiap kenangan dijadikan saat menarik di dalam ingatan.

Terima kasih sahabat hadir di dalam hidup . Kehadiran mu telah mewarnai hari2 seorang pelajar di UNIVERSITI SAINS MALAYSIA.

Menangis bersama , Ketawa bersama. Itu lah kehidupan seorang pelajar.

Senyum Manis Buat Isteri






"Syukur pada Allah kini kau telah sah menjadi isteriku," bibit kata luahan hati Afif Hakimi pada Aleya Batrisya isteri kekasih hatinya sewaktu mereka berbulan madu ke Korea.

Afif pada masa itu berusia 23 tahun dan Aleya pada ketika itu baru berusia 18 tahun, tertunduk malu biar pun hatinya sayu dengan kesungguhan serta keiklasan Afif memperisterikan dirinya yang baru selesai menduduki peperiksaan SPM.

"Abang Afif... bagaimana cara mempersiapkan diri untuk memiliki kebahagiaan dalam perkahwinan dan bagaimana caranya menjaga pernikahan itu?" tanya Aleya pada Afif merenung tepat di matanya.
Afif terdiam sesaat ketika pertanyaan itu terucap dari mulut isteri kesayangannya.

"Wahai sayangku... perkahwinan itu sebenarnya untuk melatih mempersiapkan dirimu... melatih dirimu untuk dapat mengawal diri terhadap keinginan-keinginanmu yang bebas dan mencegah dari terjerumus ke lembah maksiat."

Aleya hanya terdiam sesekali Afif melihat wajah ayu Aleya seakan ingin lebih mengetahui lalu Aleya lantas memeluk rapat ke dada Afif terdengar degupan jantung suaminya seakan memberikan semangat buat hatinya.

"Sayang... perkahwinan itu melatih dirimu untuk bertanggungjawab... melatih dirimu untuk dapat bertanggungjawab terhadap apa yang kamu miliki kini."
Pelukan Aleya semakin erat di dada Afif seakan tidak mahu melepaskannya... sambil Afif memeluk pinggang Aleya, lalu Afif merenung jauh ke dalam sudut hati isterinya yang tersayang.

"Wahai permata hatiku Aleya Batrisya... perkahwinan itu melatih dirimu untuk dapat "memberi dan menerima."

Memberi yang terbaik dari yang kamu miliki dan menerima apa adanya yang akan kamu miliki...!"

Terdengar esakan tangisan Aleya dalam pelukan Afif... terasa dihati Aleya keiklasan suaminya yang selama ini sebenarnya bukan pilihan hatinya kerana terpaksa menerima Afif sebagai suami kerana ingin menutup malu pada diri Aleya. Dia sudah terlanjur dan sudah berbadan dua hasil ketelanjurannya dengan bekas kekasihnya yang terus meninggalkannya, namun kehadiran Afif membuka lembaran baru buat hidupnya.

"Wahai Isteri ku dunia dan di akhirat... perkahwinan itu melatih dirimu untuk mendengar dan berbicara... mendengarkan keluhan dan kebahagiaan pasanganmu dan berbicara tentang kebahagiaanmu dan berbicara dengan baik pula tentang keluhanmu."

Wajah Aleya sayu apabila melihat wajah Afif yang terlalu ikhlas menerimanya sedangkan Afif tahu Aleya tidak suci lagi... terlalu banyak mutiara berharga berguguran di dada Afif itu yang menyejukkan hati seorang lelaki kerana setiap manusia tidak berjalan di dunia ini dengan sempurna selagi dia tidak pernah terjatuh, lalu bagun menyesali penuh keinsafan.

"Aleya sayangku sayang... perkahwinan itu melatih dirimu untuk mengerti dan dimengertikan... mengerti tentang pasanganmu dan dimengertikan oleh pasanganmu itu...!"

"Masih banyak lagi wahai sayangku, tetapi apabila dirimu mampu melaksanakan itu, itu sudah lebih baik," kata Afif diiringi senyum manis pada Aleya.

"Adakah Aleya boleh melaksanakan semua itu semua abang? Kerana saat ini Aleya belum boleh belajar dan berlatih tentang itu," kata Aleya dengan ragu-ragu.

"Sayang tidak perlu belajar dan berlatih terlebih dahulu untuk menjala
ni kehidupan di alam perkahwinan. Kerana pernikahan itu sendiri adalah tempat dirimu belajar dan berlatih, untuk dapat mengendalikan dirimu, melatih rasa tanggungjawab, melatih kemampuan menerima dan memberi, mengerti dan dimengertikan oleh pasangamu, serta melatih kemampuanmu untuk mendengar dan berbicara menerima seadanya kini; bukan kisah yang telah berlalu...!"

p/s--> sumber utama dari  http://www.iluvislam.com

L.A.N.G.KA.W.I

SELAMAT PAGI & SALAM 1 MALAYSIA

entry kali ini, sy berkongsi aktiviti yg dilakukan hujung minggu sempena semester terakhir tahun pengajian. Dalam membuat perancangan, akhirnya kami membuat keputusan melawat, berjalan sambil menghabiskan duit.(hahahahahha). Finaly, kami decide untuk melawat PULAU LANGKAWI. 

hari pertama : kami bertolak dari penang ke kuala perlis. Dalam jam 12t/hari, kami sampai dan beli tiket feri. Tiket feri seorang RM18 untuk dewasa. Sampai disana, kami menyewa kereta dan mencari rumah penginapan di sekitar pantai cenang. 

hari kedua : kami melakukan aktivit ISLAND HOPING. setiap seorang akan dikenakan RM25 sahaja. Dalam jam 12t/hari, berakhir la aktiviti tersebut, dan destinasi seterusnya, MAKAM MAHSURI dan BERAS TERBAKAR. Pada sebelah malam pula, just pusing2 pantai cenang

hari ketiga : pagi kami pergi CABLE CAR. seorang dikenakan rm15 sahaja. 
 
  



















 video yang sempat kami rakam







*p/s : sediakan wang yg banyak sebelum plan nk pergi ke LANGKAWI



hasil kraftangan

selamat malam,
rsa macam nak bersin kan.
ye la, dah lama x bergerak jari jemari melayar perkataan. 
sedar tak sedar, dah nak masuk bulan APRIL.
dan sedar xsedar, dah nak habis semester pengajian.
3 tahun berada di UNIVERSITI SAINS MALAYSIA.
dengan pelbagai kedukan,kesukaan dan kepahitan..
sempena entry kali, nak kongsi hasil tangan untuk semester ini sebab, semester ini lah yang paling banyak masa terluang. 
kelas dalam masa seminggu just 10 jam kredit. 
so,byk masa terluang dari masa yg penuh.
dalam mencari kerja2,akhirnya ak terjumpa satu kerja iaitu MENJAHIT. 
so,dalam mencari idea, akhirnya terjumpa la menjahit sarung bantal dengan menggunkan kain felt. 


so,ini lah hasilnya : 
    



 walaupun hasilnyer biasa2 je, tp rasa bangga dapat siapkan dalam masa 2 hari je...
tQ utk diri sendiri....