Jangan Berada Di Depan Orang Yang Sedang Solat...

                                 peringatan tuk semua!!!!!
Dalam Mazhab Maliki kelonggaran yang disebutkan oleh sebahagian ulamak mereka 
ialah melalui antara saf-saf solat
Berhujjah dengan hadis AbduLLah bin Abbas
 
Dalam kes ini perlu dilihat beberapa perkara
1.Adakah solatnya dengan bersutrah?
Maka haramlah melintasi didepan orang yang solat itu antara kakinya dan sutrah.
(mazhab hambali dan hanafi hukum sama sahaja melintasi samada orang yang solat 
itu ada sutrah atau tiada yakni haram) Tetapi ketika ada sutrah tidak haram 
lalu didepan sutrah
Jika tiada sutrah hak orang yang solat itu hanya dalam ruang lingkup kawasan 
sujudnya sahaja menurut setengah ulamak dan 3 hasta sahaja dalam mazhab syafi`e
 
2.Adakah sutrah itu jauh atau dekat
Mazhab syafi`e mengambil kira sutrah yang jaraknya tidak lebih dari 3 hasta 
dari kakinya
 
3.Adakah tiada laluan yang lain?
Jika tiada laluan yang lain sebahagian ulamak membenarkan melintasi depan orang 
yang solat itu
 
p/s:Tidak haram melintasi sof untuk kedepan disebabkan ada ruang kosong disof 
depan
kerana orang-orang didalam sof itu telah cuai membiarkan kekosongan didalam sof 
hadapan

No comments: